Hari ini bermulalah gaya hidupku yang baru bersama produk Herbalife. Bermula hari ini akan kutinggalkan menu harianku yang selama 28 tahun menjadi santapan perut dan tekak. Bermula hari ini akan ku jaga pemakananku agar lebih sihat dan seimbang.
Harapanku agar dapat menurunkan berat badanku yang kini hampir mencecah 100kg (angka yang lebih tepat ialah 95kg) kepada 75kg ataupun lebih daripada itu. Dan dapat menukar saiz bajuku daripada XL kepada M dan saiz jeans ku daripada saiz pinggang 38" kepada 33".
Kisah bermula setelah aku menyaksikan sendiri perubahan yang dialami oleh kawan sekolah lama ku yang pada asalnya mempunyai berat badan 104kg dan kini memiliki berat badan 68kg setelah mengamalkan produk Herbalife (aku akan sebut Daun Hijau selepas ini disebabkan logonya yang sebegitu rupa). Kemudian dia telah memperkenalkan kepadaku produk-produk Daun Hijau yang menjadi menu harian sejak 4 bulan yang lalu.
Aku dengan nekad ingin melalui sendiri perjalanan untuk menurunkan berat badan bersama Daun Hijau kerana khuatir akan angka 100 itu akan meningkat lagi. Kawanku, H pun memasang niat untuk menolong dengan seberapa upaya agar berat badanku dapat diturunkan.
Setelah disarankan oleh H, aku mengambil pakej 3 produk untuk sebulan iaitu Formula 1: Nutritional Shake (aku request perisa Cuppucino & Vanilla), Formula 3: Formula 3 Blended Soy & Whey Protein Powder dan Tea Mix - Lemon and Hibiscus. Ketiga-tiga produk ini akan menggantikan menu ku untuk sarapan dan makan malam.
Sarapan pagi tadi aku minum shake (F1 + F2 + air soya bean) sejuk yang dibancuh malam semalam dan diletakkan dalam peti ais. Rasanya boleh tahan juga sedap kerana aku memang gemarkan rasa cappucino.
Tengah hari H kata boleh makan seperti biasa. Mengikut kebiasaan hari jumaat aku akan bedal nasi beriani di Masjid Seri Petaling sebab memang tak boleh tahan dengan rasanya yang memang sedap! Rasa macam makan kat rumah beb!
Petang sampai malam akan ku habiskan air teh sebanyak 1 liter (harap-harap boleh habiskan semua) dan air masak sebanyak 2.5 liter yang disarankan oleh H. Harap aku dapat cepat sesuaikan diri dengan menu baru ku ini dan nafsu makan ku dapat berkurang selepas ini. Jadi terpaksa lah buat-buat tak nampak kalau nampak makanan yang sedap-sedap...hehehe.
Malam ni aku akan pulang ke bandar Newcastle untuk berjumpa anak ku yang dah berusia genap sebulan tanggal 15 mei ini! Tak lupa juga isteri ku yang ku sayangi, sudah dua minggu tak bersua muka.
Dinner? Juadah makan malamku sudah tentu shake Daun Hijau (F1+F3+soya bean)!
Bas ku bertolak malam ini jam 8.30 malam. Dan malam ini juga Malaysia bertemu China dalam saingan separuh akhir Piala Thomas 2010! Semoga Malaysia menang lawan China malam ni! Malaysia Boleh!
Dan semoga aku selamat sampai ke "destinasi" ku...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan